Kalendar 2014

MUQADDIMAH

Firman Allah SWT yang bermaksud" ... Allah mengangkat kedudukan orang-orang beriman di kalangan kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan itu beberapa darjat ketinggian. Dan (ingatlah) Allat amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."


(Al-Mujadalah 58:1)


Matlamat penubuhan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum ( SRIBU ) adalah untuk menyediakan asas Pendidikan Islam pada peringkat rendah dengan menyediakan didikan akhlak dan ilmu pengetahuan yang syumul lagi bersepadu. SRIBU bukanlah bermatlamatkan keuntungan mahupun kejayaan duniawi semata-mata malah sebagai medan untuk merealisasikan matlamat menjan generasi yang berilmu dan berakhlak mulia sekaligus membantu mewujudkan masyarakat Islam yang seimbang di dunia dan di akhirat. Sistem pendidikan di SRIBU bermatlamatkan melahirkan modal insan yang terbaik.

SRIBU telah mula beroperasi pada tahun 2005 dengan jumlah pelajar hanya seramai 30 orang tetapi kini (2010) meningkat kepada 293 orang dan 33 kakitangan termasuk tenaga pengajar.

Sehingga kini, SRIBU masih lagi menyewa 7 buah bangunan di Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang dan menanggung sendiri lain-lain kos pentadbiran sekolah dan asrama bagi menjalankan operasinya.