Kalendar 2014

MATLAMAT

Matlamat penubuhan Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) adalah untuk menyediakan Asas Pendidikan Islam peringkat rendah dengan memberi ilmu dan akhlak yang jelas, syumul dan bersepadu. Ini adalah bagi merealisasikan matlamat untuk menjana generasi pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia ke arah melahirkan amilin dan ulama muttaqqin.

SRIBU bukanlah bermatlamatkan keuntungan dan kejayaan duniawi semata-mata malah sebagai medan untuk merealisasikan matlamat menjana generasi pelajar dan modal insan yang dapat membantu mewujudkan masyarakat Islam yang seimbang di dunia dan di akhirat.